Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT
dengan limpah lurnia serta izinNya, sekali lagi Portal SK Perol dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan memberikan
panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan baik dan berkesan.
Selama ini usaha gigih yang
dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini sebagai
salah sebuah sekolah yang cemerlang di PPD Kota Bharu dan negeri Kelantan
amnya. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf sokongan,
PIBG, murid dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan
sekolah.
Selari dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2020, seluruh warga sekolah perlu bekerja sebagai satu
pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan
agar segala usaha akan membuahkan kejayaan dan kecemerlangan serta memberi satu
kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini.
Saya mengambil kesempatan ini
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa
yang terlibat dalam menghasilkan Buku
Pengurusan pada tahun ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT,
mudah-mudahan segala usaha murni kita lakukan ini diberkati serta mendapat
kejayaan dan keredhaanNya jua.
Akhir kata kepada semua guru dan
staf , selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar SK Perol terus
cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita semua.
Sekian, terima
kasih.
(ISMAIL BIN AZIZ)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Perol